Cuba ambil bola di bilik janakuasa TNB, kanak-kanak 12 tahun melecur seluruh badan - Utusan Malaysia

Cuba ambil bola di bilik janakuasa TNB, kanak-kanak 12 tahun melecur seluruh badan

MOHD. DAWISY ZARIF Mohd. Khairi, 12, melecur seluruh badan selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil bola di bilik janakuasa TNB dalam kejadian di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IHSAN JBPM P. PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

BAYAN LEPAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melecur seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik selepas dipercayai tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Sri Bayu, di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, mangsa, Mohd. Dawisy Zarif Mohd. Khairi, 12, memasuki bilik janakuasa elektrik tersebut untuk mengambil bola.

Bagaimanapun, dia dilaporkan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik di bilik janakuasa elektrik tersebut.

LOKASI bilik janakuasa TNB di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa telah dibawa oleh pihak perubatan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pihak bomba kemudian membuat “size up” bagi memastikan kawasan tersebut tidak lagi merbahaya sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi kemudian ditamatkan pukul 5.43 petang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya