Cip kasino Genting Highlands bernilai RM4.6 juta hilang - Utusan Malaysia

Cip kasino Genting Highlands bernilai RM4.6 juta hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima laporan cip kasino bernilai RM4,607,800 telah dicuri di Genting Highlands pada Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan cip tersebut disedari apabila salah sebuah bilik kasino telah pecah pada pukul 6.30 petang.

“Pihak pengurusan keselamatan kasino telah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

ZAIHAM MOHD KAHAR

“Siasatan dan mengesan dalang yang terlibat sedang dilakukan oleh polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 457 Akta Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09-2222222 atau di balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN