Beri peluang BN menang PRK Parlimen Kemaman

Beri peluang BN menang PRK Parlimen Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengundi di Parlimen Kemaman perlu memberi peluang kepada Barisan Nasio­nal (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRN) Parlimen itu 2 Disember ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, kemenangan itu penting untuk memastikan BN di Terengganu mempunyai se­ku­rang-kurangnya seorang wa­kil di peringkat kerajaan Pusat.

Menurutnya, wakil kerajaan di peringkat Pusat penting bagi memastikan negeri ini tidak ketinggalan dan ‘suara’ rakyat di negeri ini didengari kerajaan.

WAN AHMAD NIZAM WAN ABDUL HAMID

“PRK Parlimen Kemaman ini, by hook or by crook perlu beri kemenangan kepada BN. Ini peluang untuk Terengganu ada wakil rakyat yang senada de­ngan kerajaan Pusat di Parlimen, kalau tidak kita akan kerugian dari pelbagai aspek.

“Pengundi Kemaman perlu bijak memilih untuk kepenti­ngan negeri. Cara berfikir rakyat kena ubah, inilah peluang yang ada bagi seorang pemimpin dari Terengganu untuk mewakili sua­ra rakyat di negeri ini ke pe­ringkat Pusat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Wan Ahmad Nizam berkata, walaupun BN kalah kepada Pas di Parlimen ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) de­ngan majoriti lebih 27,000, parti itu berpeluang menang sekiranya meletakkan calon yang diterima baik dan disenangi pe­ngundi di Parlimen tersebut.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih siapa calon yang boleh ‘menambat’ hati pengundi.

“Kalau calon yang diletakkan tepat, BN berpeluang merampas kerusi yang disandang Pas selama dua penggal ini,” ujarnya.

Ditanya sama ada kemena­ngan BN di PRK Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang, boleh menjadi kayu pengukur PRK Parlimen Kemaman, Wan Ahmad Nizam berkata, momentum pengundi di Terengganu adalah berbeza dengan pengundi di Pahang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×