Belanjawan 2024: Selangor beri Insentif khas kakitangan awam

Belanjawan 2024: Selangor beri Insentif khas kepada kakitangan awam pada Disember, Mac

belanjawan2024
AMIRUDIN Shari bersama barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bergerak ke Bangunan Annex untuk membentangkan Belanjawan Selangor 2024 dalam Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) 2023 sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbirannya yang akan dibayar pada 28 Disember nanti.

Selain itu, jumlah sama juga akan dihulurkan sekali lagi pada Februari tahun hadapan sebagai persediaan untuk meringankan beban penjawat awam membuat persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insentif tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah pun dimulakan menerusi BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, Mei lalu.

“Bagi BKK kali Kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023

“Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024

“Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) dan syarat yang paling penting, kena tunggu di dalam Dewan ini sehingga Belanjawan selesai dibentangkan dan disokong,” katanya, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2024, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya