Banjir: Tiga lagi PPS dibuka di Perak - Utusan Malaysia

Banjir: Tiga lagi PPS dibuka di Perak

PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Kinta, Ipoh dibuka pada pukul 8 malam semalam. - UTUSAN/IHSAN APM KINTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga lagi pusat penempatan sementara (PPS) dibuka menjadikan jumlah keseluruhan tujuh PPS beroperasi di negeri ini setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, tiga PPS terbaharu itu masing-masing sebuah di daerah Hulu Perak iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik dan dua lagi PPS di daerah Kinta iaitu di Dewan Orang Ramai (MBI) Taman Meru 2A dan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Kinta.

Katanya, seramai 24 penduduk daripada lapan keluarga yang terjejas banjir dari Kampung Kolam Air, Kampung Bendang Kerajaan, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Kampung Padang Kunyit, Kampung Padang dan Kampung Ramasamy ditempatkan di SMK Gerik.

“Di Dewan Orang Ramai (MBI), terdapat empat mangsa daripada dua keluarga yang rumah mereka terjejas akibat ribut petang semalam, manakala 19 orang daripada enam keluarga pula berada di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Kinta.

“Pertambahan PPS itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang berada di PPS ialah seramai 269 orang daripada 80 keluarga berbanding 227 orang daripada 66 keluarga pada pukul 8 malam, semalam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, empat PPS masih kekal beroperasi iaitu dua di daerah Hilir Perak dan dua di daerah Kerian.

“Bagi daerah Hilir Perak, seramai 113 mangsa daripada 34 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala 29 orang daripada tujuh keluarga pula di Dewan Serbaguna Chikus.

“Di Kerian, seramai 23 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 57 orang daripada 19 keluarga di PPS SK Alor Pongsu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya