Banjir: Enam sekolah masih ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: Enam sekolah masih ditutup

PELAJAR meredah banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HARRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Sebanyak enam sekolah masih ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman @ Abdullah berkata, daripada jumlah itu, dua sekolah ialah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek dan SK Atas Tol.

Menurutnya, dua sekolah lagi di Marang iaitu SK Simpang Rawai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang.

“Di Besut sekolah yang ditutup ialah SK Kuala Besut dan SK Tok Kah di daerah Dungun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Minggu lalu, lebih 20 sekolah ditutup kerana ada yang dinaiki air dan sebahagiannya pula dijadikan PPS.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua sekolah yang dijadikan PPS telah dibersihkan sebaik sahaja semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, semua warga sekolah diharap terus berhati-hati dengan sebarang perubahan cuaca yang berlaku ketika ini.

“Bagi murid dan pelajar pula, jangan jadikan alasan tiada uniform atau kasut basah tidak hadir ke sekolah kerana ada kelonggaran diberikan sepanjang musim banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya