Banjir di Terengganu semakin pulih - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu semakin pulih

SEORANG penduduk melihat keadaan laut bergelora di Kampung Jambu Bongkok, Marang. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 225 mangsa daripada 49 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Ketika ini, masih terdapat lima PPS di empat daerah iaitu dua di Dungun dan masing-masing satu di Kuala Terengganu, Besut dan Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, di Kuala Terengganu, hanya ada 54 daripada 12 keluarga yang berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol.

Katanya, di Dungun pula, hanya dua PPS masih beroperasi iaitu di SK Tok Kah dan Balairaya Kampung Pelandang yang menempatkan 50 mangsa daripada 10 keluarga.

“Di Setiu, satu-satunya PPS yang beroperasi ialah SK Kampung Rhu Sepuluh yang sembilan mangsa daripada dua keluarga manakala di Besut, masih ada 112 mangsa daripada 25 keluarga di SK Kuala Besut.

“Cuaca diramal baik sepanjang hari ini dengan hujan di beberapa tempat sahaja pagi ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.

Bagaimanapun, stesen bacaan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman merekodkan bacaan melebihi paras amaran iaitu 2.01 meter (paras amaran 1.90 meter).

Dua sungai pula masih merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit di daerah Setiu setinggi 11.28 meter (paras waspada 10.5 meter) dan stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting, daerah Kuala Nerus juga dengan bacaan 3.24 meter (paras waspada 3.2 meter). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya