Banjir: 22 sekolah di Terengganu ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: 22 sekolah di Terengganu ditutup

SEORANG guru mengemas buku di sebuah kelas yang dinaiki air di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 22 sekolah ditutup sementara selepas dinaiki air dan dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) sejak gelombang pertama banjir di negeri ini bermula semalam.

Timbalan Pengarah JPNT (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman @ Abdullah berkata, setakat ini, sebanyak 13 sekolah ditutup kerana banjir di empat daerah dan sembilan sekolah pula ditutup kerana dijadikan PPS di tiga daerah.

Menurutnya, 10 sekolah yang ditutup kerana banjir di Kuala Terengganu ialah SK Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong, SK Bukit Bayas, SK Kampung Bukit Chendering, SMK Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan SMKA Sheikh Abdul Malik.

“Selain itu ialah SK Bukit Puteri (Besut), SMK Padang Kemunting (Kuala Nerus) dan SMK Intan Zaharah (Dungun),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, empat sekolah yang dijadikan PPS di daerah Kuala Terengganu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek.

“Di Kuala Nerus pula, empat sekolah dijadikan PPS iaitu SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal manakala di Marang hanya satu sekolah dijadikan PPS iaitu SK Bukit Gasing,” katanya.

Beliau berkata JPNT mengesyorkan sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir agar mengambil cuti bencana.

“Begitu juga dgn sekolah yang dijadikan PPS yang menempatkan  mangsa banjir yang ramai dan menggunakan banyak bilik darjah boleh memohon cuti bencana.

“JPNT juga sentiasa memantau perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu terutama sekolah-sekolah yang terletak di kawasan berisiko agar keselamatan murid dan warga sekolah diberi keutamaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya