Anwar dulu lain, sekarang lain - Tun M

Anwar dulu lain, sekarang lain – Tun M

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa seteru lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah banyak berubah selepas hampir setahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, perubahan Anwar boleh dilihat dari segi pendiriannya sebagai pemimpin kerajaan berbanding ketika bergelar sebagai pemimpin pembangkang.

“Kalau kita lihat Anwar, apabila dia tak jadi Perdana Menteri, pendiriannya berbeza. Itu nak revise, itu nak reform. Apabila dia menjadi Perdana Menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform.

“Dia bercakap, dulu lain, sekarang lain. Saya konsisten, dulu masa jadi Perdana Menteri pendirian sama, tak jadi Perdana Menteri, pendirian sama,” katanya dalam episod terbaru Keluar Sekejap hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau membawa masuk Anwar dalam politik kerana percaya dengan potensinya namun pandangannya berubah selepas itu.

“Pada masa itu, nampak dia warak, baik. Jadi saya bagi peluang pada dia. Apabila saya ambil dia masuk dalam UMNO, dia ketika itu dilihat sebagai orang yang kuat pegangan agama. Kita harap dia dapat suntik dia punya pengetahuan dalam UMNO, supaya UMNO juga dilihat berpegang pada agama.

“Tetapi apabila dia masuk dalam bidang lain (selain agama) dan jadi Perdana Menteri, benda yang kita harap dia akan urus, berlaku sebaliknya, tak seperti dijanji,” katanya.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan tindakannya mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP untuk membentuk kerajaan.

“Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Datuk Seri Najib Razak akan terus jadi Perdana Menteri.

“Sekarang ini, kita ada masalah, saya dapati tak ada pilihan lain melainkan bekerjasama dengan Pas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya