SEOUL: Impian Ahyeon untuk menganggotai kumpulan Babymonster lebur selepas penyanyi itu gagal tersenarai dalam kalangan enam ahli kumpulan tersebut.
YG Entertainment dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat gara-gara masalah kesihatan yang dihadapi penyanyi berkenaan.
“Babymonster akan bergerak dengan enam ahli iaitu Ruka, Pharita, Asa, Haram, Rora, and Chiquita.
“Selepas berbincang, kami memutuskan buat masa ini Ahyeon perlu direhatkan bagi membolehkan dia fokus kepada kesihatannya.
“Kami berikan sokongan penuh dan berharap Ahyeon kembali sihat,” tulisnya.
YG Entertainment sebelum ini mengumumkan November sebagai tarikh debut kumpulan tersebut.
Babymonster diramal bakal mengikut jejak kumpulan 2NE1 dan Blackpink yang turut memperjuangkan irama Hip Hop.