Ada wartawan di Gaza hilang 16 ahli keluarga sekali gus

Ada wartawan di Gaza hilang 16 ahli keluarga sekali gus

PERANAN media Malaysia mendapat pengiktirafan media antarabangsa berhubung isu di Gaza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Media antarabangsa berterima kasih atas sokongan  pengamal media di Malaysia yang bersama-sama bersimpati dan memberi sokongan kepada nasib rakyat Palestin.

Ketua Biro Al Jazeera Malaysia, Sameer Allawi, 57, berkata, ramai rakan sekerjanya sama ada wartawan, youtuber dan blogger yang berada di Gaza  hilang ahli keluarga mereka.

“Ada antara mereka kehilangan 16 ahli keluarga sekali gus. 

“Mereka turut diugut dan diberi amaran semasa menjalankan tugas apa yang berlaku di Gaza. Bukan sahaja berdepan ugutan, malah mereka terpaksa berpindah rumah serta ahli keluarga dibunuh,” katanya ketika ditemui ketika program media Malaysia berkumpul “Save Press 4 Gaza” (SP4G).

Beliau yang juga warga Palestin berkata, wartawan Barat yang membuat laporan di Gaza tidak sepatutnya hanya melaporkan propaganda rejim Zionis. 

“Apa yang dipaparkan mereka tidak mencerminkan keseluruhan apa yang berlaku. Meskipun keluarga kecil saya mengikuti saya tinggal di Malaysia sejak 12 tahun lalu, saya ada lagi keluarga besar di sana. 

“Pastinya saya bimbang dengan keselamatan mereka dan berharap mereka kekal selamat,” katanya.

Terdahulu, lebih 100 pengamal media berkumpul di Dataran Merdeka hari ini bagi menunjukkan sokongan terhadap wartawan di Gaza yang bertaruh nyawa untuk menyampaikan maklumat mengenai kekejaman rejim Zionis Israel di Palestin.

Himpunan “Save Press 4 Gaza” (SP4G) disertai 25 kelab Media Malaysia antaranya National Union Journalist (NUJ), Gerakan Media Merdeka (Geram), Crime Journalist Association (CIJA) dan Foreign Correspondent’s Club Malaysia. Perhimpunan itu bermula  pukul 11 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya