500 guru dilantik untuk memperkasakan STEM

500 guru dilantik untuk memperkasakan STEM

NORAINI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 500 guru di seluruh negara dilantik dan dilatih untuk modul bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sejak tiga tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penasihat Pusat STEM Universiti Malaya dan Presiden Persatuan STEM Kebangsaan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Noraini Idris berkata, inisiatif itu bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai ‘STEM Star Teacher’’.

“Melalui projek ini, kita akan libatkan guru-guru supaya dapat mengajar, meneroka dan dapat beri peluang kepada mereka ke industri pendidikan terkini supaya berkaitan dengan apa yang mereka ajar,” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pelbagai langkah proaktif sebagai usaha meningkatkan minat dan peratusan penyertaan murid dalam bidang STEM.

Bagi merealisasikan langkah itu, katanya, KPM melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan terhadap meningkatkan minat murid menerusi pendekatan pembelajaran baharu, pemantapan kurikulum serta kemahiran para guru STEM serta memberi kesedaran dalam kalangan murid, ibu bapa dan orang awam terhadap bidang itu.

Menurut Noraini, punca yang menyebabkan ramai pelajar yang tidak berminat untuk mengambil aliran sains dan matematik adalah disebabkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang tidak variasi dan tiada praktikal.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Laili Che Ros, STEM akan lebih diminati sekiranya subjek ini difahami konsep dan kegunaannya di dalam kehidupan seharian serta pekerjaan bidang STEM ini perlu diperbanyakkan lagi.

“Pelbagai usaha sedang diusahakan oleh pelbagai pihak namun bilangan pelajar memilih bidang STEM masih belum mencapai sasaran.

“Pihak ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam menerapkan minat anak-anak dalam bidang STEM. Universiti juga boleh melihat kembali program-program yang ada di universiti sesuai dengan minat generasi masa sekarang,” ujarnya ketika dihubungi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN