23 koperasi sekolah catat perolehan RM1 juta - Utusan Malaysia

23 koperasi sekolah catat perolehan RM1 juta

Koperasi sekolah
ABDUL Fattah menyerahkan sijil penghargaan kepada pihak pengurusan Koperasi SMK Saujana Utama Berhad di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 23 koperasi sekolah di seluruh negara berjaya mencatatkan perolehan RM1 juta tahun ini.

Koperasi itu meliputi 12 sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan 11 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah itu melibatkan empat sekolah di Selangor manakala tiga sekolah masing-masing di Johor dan Kelantan.

“Angkasa turut merekodkan dua koperasi sekolah di Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka yang sudah berjaya mencapai RM1 juta. Ia diikuti masing-masing satu sekolah di Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak.

“Kita optimis sasaran sebanyak 30 koperasi sekolah mendapat perolehan sama mampu dicapai menjelang hujung tahun ini,” katanya selepas Majlis Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama Berhad, hari ini.

Menurut Abdul Fattah, koperasi sekolah bukan saja menjadi pelapis masa depan koperasi di negara ini malah diperakui di peringkat dunia.

“Banyak negara luar sudah bertanyakan mengenai model koperasi sekolah di Malaysia untuk mewujudkannya di negara mereka. Ini merupakan satu pengiktirafan dan kejayaan kepada kita kerana menjadi contoh atau rujukan negara lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setiap sekolah bekerjasama dan menyokong penuh usaha menjayakan perniagaan koperasi .

“PIBG perlu sentiasa memberi galakan bagi memastikan anak-anak mendapatkan barangan dan perkhidmatan dijual di peringkat sekolah. Jika ia dapat dilaksanakan, saya yakin prestasi atau peroleh juga akan semakin meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya