198 sekolah di Sarawak dibaik pulih, naik taraf - Utusan Malaysia

198 sekolah di Sarawak dibaik pulih, naik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sejumlah 198 buah sekolah selesai dibiayai kerajaan negeri dalam projek baik pulih dan menaik taraf, manakala 309 sekolah masih lagi dalam proses pelaksanaan.

Justeru itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berharap agar kelulusan projek untuk sekolah yang dibiayai Kerajaan Sarawak seperti Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tidak akan diputuskan lagi oleh Putrajaya, sebaik sahaja penurunan kuasa untuk pendidikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) direalisasikan.

“Jumlah tersebut merupakan pembabitan terkini sekolah-sekolah yang terlibat dalam projek naik taraf dan penambahbaikan.

ROLAND Sagah Wee Inn (duduk tengah) bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungannya di Mesyuarat Kedua Penggal kedua DUN Sarawak, di Kuching hari ini.

“Pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan mentakrifkan semula kategori bangunan usang pada skala 1 hingga 7 iaitu kategori 6 dan 7 ialah lot usang seperti mana disahkan kakitangan teknikal Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Daripada kategori yang telah ditakrifkan, terdapat 461 kini di bawah skala 6 dan 7 yang diberikan keutamaan untuk kerja-kerja pembaikan dan naik taraf,” jelasnya ketika berucap di mesyuarat kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, di DUN Sarawak di sini hari ini.

Beliau turut yakin bahawa baru-baru in Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju untuk penurunan kuasa khususnya yang bersifat pentadbiran, daripada Kementerian Pendiidkan sehingga Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).

“Bagaimanapun, sehingga ke hari ini kementerian MEITD masih belum menerima maklum balas rasmi untuk pengaturan tentang bagaimana penurunan kuasa itu akan berlaku.

“Sebaik sahaja ini direalisasikan, kita berharap isu pelaksanaan yang perlahan melibatkan RTP dan projek lain yang dibiayai kerajaan negeri dapat diselesaikan,” tambahnya lagi.

Sejak pada tahun 2017 kata Roland Sagah, sebanyak 1,020 sekolah usang telah dikenal pasti di negeri ini berdasarkan tiga kategori utama kerosakan.

Ujarnya, kategori 3 mencatat sebanyak 415 buah sekolah di seluruh negeri, diikuti kategori 1 iaitu 395 buah sekolah, dan kategori 2 sebanyak 210 buah sekolah.

“MEITD juga giat mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung penurunan kuasa untuk pendidikan kepada Sarawak di bawah MA63. Kedua-dua pihak juga telah membuat perwakilan dalam Jawatankuasa Teknikal, Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Jawatankuasa Teknikal pada dasarnya bersetuju dengan perwakilan yang dibuat dan memutuskan agarKementerian Pendidikan dan kementerian saya berbincang bagi memuktamadkan perkara tersebut untuk diputuskan oleh jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam perkembangan lain berhubung sistem penilaian bagi murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga di semua sekolah kerajaan di negeri ini, Roland Sagah berkata ia akan berfungsi sebagai satu cara untuk mengukur keberkesanan Program Dwi Bahasa (DLP), selain inisiatif lain untuk meningkatkan pengambilan subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Justeru itu, beliau menambah penilaian standard dijadualkan bermula pada 2025, apabila pelajar DLP ketika ini mencapai Tahun Enam.

“Masih terlalu awal untuk dihuraikan kerana kita masih membincangkan pelaksanaannya, cukuplah untuk kita katakan bahawa penilaian akan memberi tumpuan
kepada mata pelajaran DLP iaitu Sains, Matematik dan bahasa Inggeris.

“Yakinlah bahawa penilaian yang dicadangkan tidak akan menyebabkan tekanan yang tidak wajar kepada semua pihak, pelajar, guru, pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya