16 syarikat korporat serah zakat kepada PPZ-MAIWP

16 syarikat korporat serah zakat kepada PPZ-MAIWP

AL-SULTAN Abdullah bersama Mohd. Na'im Mokhtar dalam Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan Syarikat-Syarikat Korporat kepada PPZ-MAIWP di Istana Negara, hari ini. - INSTAGRAM/ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16 syarikat korporat menyerahkan bayaran zakat berjumlah RM65,379,959.08 bagi tahun 2022 dan 2023 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan Syarikat-Syarikat Korporat kepada PPZ-MAIWP di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Haji Mohd. Na’im Mokhtar; Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Syarikat-syarikat terlibat adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, FGV Group, Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Co-opbank Pertama Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Turut terlibat, TH Travel Sdn Bhd, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Etiqa General Takaful Berhad, Rakyat Management Services Sdn. Bhd., Etiqa Family Takaful Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan Wasco Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya