110 mangsa banjir Sepang dipindah ke PPS

110 mangsa banjir Sepang dipindah ke PPS

ANTARA mangsa banjir di PPS Dewan Komuniti Taman Gemilang, Dengkil. - FOTO FB JAMIL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini susulan banjir di beberapa kawasan di daerah ini sejak semalam.

Difahamkan, 110 mangsa banjir membabitkan 41 buah keluarga dipindahkan ke PPS masing-masing di Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Ahmad Razali dan Dewan MPKK Jenderam Hilir.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua PPS itu mula dibuka sejak pukul 3 petang tadi.

“Antara kawasan terlibat ialah Kampung Sungai Buah, Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Chemperai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan-kawasan rendah dinaiki air, malah sehingga kini paras air sungai utama juga menunjukkan trend menaik.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh turut berkesempatan melawat beberapa kawasan banjir sekitar Dengkil.

Menurutnya, lebih kurang 20 keluarga di Kampung Chemperai di sini dipindahkan ke PPS selepas lebih 30 buah rumah dinaiki air termasuk Tabika Kemas Kampung Chemperai.

“Keadaan air mulai surut tetapi agak perlahan. Semoga semua penduduk menjaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya