PETALING JAYA: Sebanyak 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir dalam program JRM Biso Bonar yang diadakan di Senawang, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri pengasas, Rozita Ibrahim bagi berkongsi pelbagai tips termasuk keusahawanan dan perkongsian kesihatan.
Menurut Rozita, beberapa aktiviti sampingan juga diadakan seperti demonstrasi Thick Al-Quran, pemeriksaan kesihatan, aktiviti jualan, bual bicara eksklusif dan cabutan bertuah.
“Matlamat utama program ini ialah mewujudkan jaringan sama ada kenalan, peminat dan pengguna JRM, sekali gus dapat meluaskan empayar perniagaan di Negeri Sembilan.
“Selain itu, kita mahu menggalakkan penduduk terutama di kawasan pedalaman di Negeri Sembilan dapat menjadi pengedar produk JRM dan menjana ekonomi keluarga kecil mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Dalam majlis yang sama, jaringan JRM Negeri Sembilan, Olin Beauty Sdn. Bhd. turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Prihatin Palestin Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Olin kepada wakil Kerajaan Negeri Sembilan.
Sementara itu, Rozita berkata, sambutan memberangsangkan pada program kali ini mengukuhkan industri kesihatan termasuk jenama JRM di Negeri Sembilan di saat ketidaktentuan ekonomi pada masa kini. – UTUSAN










