Yadim kerjasama Neelofa lancar Sharob Drink, dakwah dalam perniagaan

Yadim kerjasama Neelofa lancar Sharob Drink, dakwah dalam perniagaan

YADIM kerjasama dengan syarikat Nunha Co. melancarkan produk Sharob Drink di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaran Yadim Sdn.Bhd (LYSB) melalui kerjasama strategik bersama syarikat Nunha Co. melancarkan produk minuman kesihatan, Sharob Drink dalam usaha menggerakkan dakwah dalam aktiviti perniagaan.

Pengerusi LYSB, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin berkata, kerjasama ini merupakan satu langkah strategik bagi kedua-dua pihak untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan khususnya dalam memasarkan produk minuman itu kepada sasaran pelanggan lebih luas.

Katanya, pemilihan syarikat yang diasaskan pasangan selebriti Haris Ismail dan Neelofa dalam kerjasama ini berdasarkan imej dan reputasi baik mereka dalam memenuhi agenda utama Yadim demi melestari dakwah.

“Saya yakin pasangan selebriti ini akan merancakkan lagi aktiviti dakwah dalam negara di samping menjana ekonomi bukan sahaja dalam kalangan ahli biasa tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat menjalankan perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan produk Sharob Drink di sini hari ini.

Kandungan ramuan Sharob Drink adalah daripada makanan Sunnah seperti kurma, kismis, prun, safron dan juga beberapa bahan lain seperti multivitamin, Vitamin B kompleks, Astaxanthin selain Daun zaitun.

Produk minuman Sharob boleh membantu diet individu kerana pengambilannya boleh memberi rasa kenyang dan juga bertenaga.

Sebagai permulaan, kedua-dua syarikat ini menyasarkan penjualan lebih 1,500 kotak dengan nilai jualan sehingga RM35,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya