Warga emas 90-an maut dalam kebakaran rumah panjang di Song

Warga emas 90-an maut dalam kebakaran rumah panjang di Song

ANGGOTA bomba tiba dil okasi kebakaran bagi memeriksa kawalan api yang telah berjaya dipadam oleh penduduk bagi memastikan tiada kebakaran berulang di Rumah Sebom Bantan, Ulu Katibas di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONG: Seorang warga emas berusia 90-an ditemukan maut dalam insiden kebakaran rumah panjang di Rumah Sebom Bantan, Nanga Masak, Ulu Katibas di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa ditemukan dengan melecur di bahagian belakang dan tangan mangsa.

“Sekitar pukul 4:45 petang semalam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan.

“BBP Song menggerakkan enam anggota penyelamat ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 81 kilometer dari balai di sini,” katanya.

Tambahnya, pasukan BBP Song tiba di rumah panjang tersebut sekitar pukul 8:34 malam tadi ekoran jarak perjalanan yang jauh dari balai ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 8.34 malam, didapati kebakaran mengakibatkan rumah panjang 33 buah pintu terbakar 100 peratus dengan struktur binaan adalah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 540 kaki X 50 kaki persegi.

“Tiada tindakan pemadaman dilakukan oleh pihak bomba ekoran api dipadam oleh penduduk rumah panjang tersebut.

“Pihak bomba di lokasi hanya membuat pemantauan bagi memastikan tiada kebakaran berulang,” katanya.

Berdasarkan maklumat daripada penghuni di sini, mangsa yang maut iaitu berusia 90-an selain dalam keadaan uzur dan nazak.

“Mangsa diserahkan kepada pihak PDRM Daerah Song untuk tindakan selanjutnya.

“Semasa kejadian kebakaran, terdapat lapan penghuni sahaja dengan tiga perempuan dan lima lelaki.

“Pihak bomba seterusnya memasang sawar-sawar dan menyerahkan Surat Notis Mengambil Milik Premis Akibat Kebakaran serta menampal ‘Notis Mengambil Milik Premis Akibat Kebakaran.’

“Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, anggota bertolak balik ke balai pada pukul 10.10 malam.

End.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN