Wanita dilaporkan hilang ditemukan maut dalam kereta - Utusan Malaysia

Wanita dilaporkan hilang ditemukan maut dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehilangan seorang wanita sejak Rabu lalu terungkai apabila dia ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dalam kenderaannya di tapak parkir Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara hari ini.

Mayat wanita berkenaan ditemukan pada pukul 10.50 pagi tadi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kota Damansara bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Sampai di lokasi, pihak polis menemukan mayat seorang wanita berada dalam sebuah kereta jenis Honda City.

“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30 tahun dalam kenderaan tersebut yang berkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menemukan satu periuk berisi arang batu yang dibakar dalam kereta terbabit.

“Mangsa juga dilaporkan hilang sejak Rabu lalu oleh keluarganya di Taman Kepong, Kuala Lumpur.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk mengetahui punca kematian serta ujian saringan Covid-19,” jelasnya.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang mempunyai makluman mengenai kejadian atau mengenali mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN