Utamakan anak Sarawak dalam lantikan penempatan guru

Utamakan anak Sarawak dalam lantikan penempatan guru di Sarawak – Abang Johari

ABANG Johari Tun Openg (kiri) berucap pada Sesi Townhall Siswa Siswi Sarawak dalam Program Lan Berambeh anjuran Kerajaan Sarawak di ibu negara baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak mahu Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada anak Sarawak sendiri untuk berkhidmat di negeri itu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan berkala antara kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan giat dilakukan bagi mendapatkan mekanisme pengiktirafan terhadap pengajaran dari sudut perguruan di pnstitut pendidikan tinggi (IPT) negeri itu.

“Kita sekarang ini masih berunding dengan Kementerian Pendidikan untuk maktab di Sarawak (Institut Pendidikan Guru) dan universiti di Sarawak untuk memberikan pengajaran dari sudut perguruan untuk menambah guru

“Tetapi, usaha ini kita akan beri keutamaan kepada anak Sarawak sendiri untuk dilatih menjadi guru dan mengajar di sekolah-sekolah di Sarawak, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall Siswa Siswi Sarawak dalam Program Lan Berambeh anjuran Kerajaan Sarawak di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 3,000 guru diperlukan di Sarawak bagi menampung jumlah yang telah bersara dan dipindahkan ke negeri lain.

Sejak pengambilan 18,702 guru secara sekali ambil (one-off), hanya 2,667 guru telah dihantar mengajar di Sarawak termasuk 215 guru yang enggan mengajar di negeri ini kerana alasan atau masalah peribadi.

Dalam pada itu Abang Johari turut memberi keyakinan bahawa IPT di Sarawak juga akan didedahkan kepada kursus berkaitan pendidikan guru, sekali gus mengiktiraf pengajian berkaitan.

“Ini sedang kita laksanakan, dalam pada itu Universiti Teknologi Swinburne (Kampus Sarawak) juga akan mengajar dan melatih guru-guru kita yang diiktirafkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Justeru bermaknanya, sekarang ini kita bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk kita melatih guru dan nanti dapatlah kita atasi isu kekurangan 3,000 guru di negeri Sarawak. Ini sedang diusahakan pelaksanaannya sekarang ini,” tegasnya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, Sarawak masih menghadapi Isu kekurangan guru.

Ketika ini kira-kira 1,925 kekosongan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah di seluruh Sarawak.

Sehingga Mac lalu, 668 guru di Sarawak telah memilih untuk bersara wajib

Isu kekurangan tenaga pengajar tidak hanya menjejaskan pencapaian akademik pelajar tetapi menambah beban kerja warga guru. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya