UPNM-InTeLeX, memperkasa pembelajaran secara digital

UPNM-InTeLeX, memperkasa pembelajaran secara digital

MOHAMMAD Agus (dua dari kanan) memerhatikan cara penggunaan televisyen interaktif (ITV) oleh salah seorang peserta ekspo UPNM-InTeLeX di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menganjurkan Ekspo Inovasi dalam Pengajaran & Pembelajaran (UPNM-InTeLeX) bagi memperkasakan pembelajaran secara digital sempena Sambutan Bulan Akademia 2023, di sini.

Bertemakan “Membudayakan Inovasi Intelek dalam Pengajaran dan Pembelajaran”, program itu memberi fokus kepada perkongsian maklumat dan pengetahuan peserta dalam bidang kepakaran masing-masing melalui pertandingan projek berkaitan inovasi pengajaran dan pembelajaran.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata pentingnya ekspo ini diwujudkan dalam menyokong ekosistem yang kondusif untuk pertumbuhan dan perkembangan ilmiah dalam kalangan mahasiswa universiti.

“Saya yakin melalui ekspo ini dapat membentuk pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja pintar dari segi akademik tetapi dalam masa yang sama bersahsiah tinggi, berdedikasi, berakhlak mulia terhadap pembangunan masyarakat sejagat,” katanya semalam.

Terlebih dahulu, beliau merasmikan Ekspo UPNM-InTeLeX bersempena Bulan Akademia 2023 di Dewan Zulfaqar, UPNM.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad berkata, dalam era teknologi baru milenium ini, adalah satu kelebihan dalam universiti untuk mengadaptasikan perubahan dalam gaya pengajaran pelajar UPNM.

“Dalam dunia yang sentiasa berubah dan berkembang pesat ini, ia adalah satu keupayaan bagi sesebuah universiti untuk beradaptasi dan mengambil peluang terhadap daya saing yang diperlukan kepada universiti.

“Usaha ini juga dapat dilihat melalui kejayaan mencipta platform yang dapat mempromosikan pertukaran ilmu pengetahuan, membawa bersama para pemikir, pengajar dan pelajar untuk berdiskusi dengan cara masing-masing,” ujarnya.

Turut hadir, Pengurusan Tertinggi UPNM, Pegawai-pegawai Kanan UPNM, pensyarah dan staf UPNM.

Jumlah penyertaan bagi tahun ini adalah seramai 150 orang berbanding dengan hanya 83 orang penyertaan bagi tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya