Umat Islam Pulau Pinang terus sokong perjuangan Palestin - Utusan Malaysia

Umat Islam Pulau Pinang terus sokong perjuangan Palestin

SEBAHAGIAN umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Umat Islam di negeri ini berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Kapitan Keling di sini hari ini, bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Mereka membawa bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza, malah laungan takbir Allahuakbar turut bergema pada perhimpunan itu.

Selain itu, turut diadakan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam Palestin.

Timbalan Pengerusi Masjid Kapitan Keling, Datuk Mohamed Aswan Seeni Mohamed Nizalath berkata, himpunan tersebut merupakan himpunan pertama yang dianjurkan pihak masjid berkenaan bagi menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang berterusan dizalimi regim Zionis.

SEBAHAGIAN umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. – Pic: IQBAL HAMDAN

”Kami berhimpun secara aman untuk menyatakan bantahan kepada regim Israel yang menzalimi rakyat Palestin.

”Kami menggesa Israel menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan segera,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, perhimpunan sebegitu akan diadakan secara berterusan di pekarangan masjid berkenaan sebagai usaha untuk menyatakan bantahan kepada Israel.

Dalam pada itu, Setiausaha Kariah Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, himpunan itu bertujuan menyatakan soladariti umat Islam di negeri ini bagi menentang kekejaman Israel.

“Kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin amat menyakitkan hati dan kami amat bersedih dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin,” katanya.

Tambahnya, pihak masjid turut menganjurkan jualan amal di pekarangan masjid yang mana hasil jualan amal itu akan disumbangkan kepada tabung untuk Palestin.

”Dua minggu lalu pihak masjid telah mengumpul RM20,000 yang mana ia adalah hasil kutipan solat Jumaat untuk tabung Palestin dan hari ini kita anjurkan jualan amal untuk Palestin.

”Apa yang menarik masyarakat bukan Islam dari Gujarat, India dan dari China turut hadir dan menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi jualan amal ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya