PETALING JAYA: Sebanyak tujuh stesen di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan melebihi 101, setakat 1 petang, hari ini.
Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Antara tujuh stesen itu, Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 158 diikuti dengan Seremban pada 152.
Manakala Cheras pada bacaan 155, Petaling Jaya (110), Banting (108), Shah Alam (107) dan Port Dickson pada bacaan 103.
Sementara itu, sebanyak 58 stesen merekodkan bacaan sederhana iaitu daripada 51 hingga 100 iaitu antaranya adalah Batu Pahat (90), Klang (94), Putrajaya (92) dan Batu Muda (96).
Selain itu, daripada 68 stesen seluruh negara, sebanyak tiga stesen iaitu Langkawi, Kangar dan Kimanis merekodkan bacaan IPU bawah 50 menandakan ia berada di paras yang baik.-UTUSAN