Tujuh pintu rumah panjang James Brandah musnah terbakar

Tujuh pintu rumah panjang James Brandah musnah terbakar

KEADAAN sebuah blok yang memusnahkan rumah panjang tujuh pintu di Kampung Muara Bunut Bintangor, di sini petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANGOR: Sebuah blok rumah panjang dengan tujuh pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Muara Bunut di sini, petang tadi.

Insiden mengakibatkan tiga buah rumah dan sebuah dewan berhampiran di Rumah James Brandah kira-kira pukul 3.30 petang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 petang.

“Untuk tiba di lokasi yang terletak di seberang Bintangor itu, jentera bomba terpaksa menaiki feri Sungai Sian.

“Setiba di lokasi, sebuah rumah panjang dengan tujuh pintu yang berstruktur tidak kekal itu terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, kesemua penghuninya berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Tambah Nicholas, kejadian juga mengakibatkan tiga buah rumah terbakar 40 peratus dan sebuah dewan musnah 50 peratus.

“Manakala sebuah blok yang terletak lima meter dari rumah terbabit iaitu empat (4) buah rumah berjaya diselamatkan selepas bomba melakukan operasi pemadaman.

“Setakat ini, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,”ujarnya.

Operasi kawalan api berjaya ditamatkan pada jam 6:30 petang tadi, dan tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN