Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Afghanistan

Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Afghanistan

PENDUDUK menggali kubur untuk mengebumikan jenazah mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di wilayah Herat, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda Wilayah Herat, Afghanistan pada 7 Oktober lalu.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu disahkan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada kerajaan serta rakyat Afghanistan yang terjejas susulan gempa bumi itu.

“Kejadian itu mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan ribuan orang lagi cedera serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa ini, Wisma Putra turut memaklumkan, urusan konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di Afghanistan dikendalikan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Mereka yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia beralamat di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi yang boleh dihubungi di talian +91-11-2415 9300 dan +91-85955 50594 selain emel [email protected].

Pada masa sama, ingatan dan doa ikhlas rakyat Malaysia adalah bersama-sama, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini.

“Rakyat Malaysia menzahirkan solidariti kepada rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini,” katanya.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, lebih 11,000 penduduk terjejas akibat beberapa siri gempa bumi sebagaimana didedahkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Lapor agensi berita dpa, bencana yang menjejaskan sekurang-kurangnya 11 perkampungan itu turut memusnahkan hampir semua rumah penduduk.

Berdasarkan laporan, lebih 2,400 orang terkorban selepas beberapa siri gempa bumi melanda Afghanistan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya