'Tiada diskaun PTPTN, tertakluk kepada MOF'

‘Tiada diskaun PTPTN, tertakluk kepada MOF’

MOHAMED Khaled Nordin ketika berucap merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di KPT Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak berhasrat meneruskan diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Bajet 2024 yang akan dibentangkan minggu hadapan.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apa-apa keputusan sebaliknya tertakluk kepada Kementerian Kewangan (MOF).

“Kita tidak lagi meneruskan itu (diskaun bayaran balik) dan apa-apa pun perkara mengenainya tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Dalam Belanjawan 2023 lepas, kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac hingga 31 Mei lepas.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berharap kerajaan menyokong permohonan KPT untuk menerapkan dan mengaplikasi pendigitilan dalam soal urus tadbir sistem pendidikan tinggi negara setanding dengan negara-negara luar.

“Pada masa sama, kita akan beri fokus kepada soal menerapkan pendigitilan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih menarik.

“Malah, kita juga berharap aspek penyelidikan dan inovasi turut disentuh dalam Bajet 2024 kerana kita percaya ia mampu melonjakkan ekonomi negara,” katanya.

Pihaknya juga mahu Bajet 2024 menyentuh soal perumahan untuk pelajar sekali gus menjamin suasana kondusif untuk mahasiswa di universiti awam dan politeknik di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya