Tiada aksi gila-gila Kak Lina Pom Pom - Utusan Malaysia

Tiada aksi gila-gila Kak Lina Pom Pom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sopan, formal dan hanya berkongsi fakta adalah penampilan penyanyi dan pengacara Elly Mazlein semasa mengendalikan pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) musim kedua, malam ini.

Penyanyi Sabarlah Hati itu memperkenalkan diri sebagai Elly Mazlein atau Elly M, meninggalkan karakter gila-gila Kak Lina Pom Pom yang  cukup sinonim dengannya sebelum ini.

Perubahan itu dilakukan selepas mengambil kira kritikan warganet yang beranggapan pengacara itu keterlakuan mengendalikan acara bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse minggu lalu.

“Panggil saya Elly M atau Elly Mazlein. Kita meraikan pendapat dan kemahuan netizen,” katanya.

Tidak sampai 10 minit Elly berdiri di pentas, seisi dewan Auditorium MBSA gegak gempita dengan jeritan penonton yang mahukan karakter Kak Lina Pom Pom dikembalikan.

Elly Mazlein dilihat tersenyum dan mengangguk-angguk memandang penonton.

Elly, Nabil dan Jihan merupakan pengacara rasmi yang memeriahkan ASGV musim ini.

Pertandingan diadili juri tetap iaitu maestro, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN