Tanah persendirian tak boleh jadi alasan kutip tol - Utusan Malaysia

Tanah persendirian tak boleh jadi alasan kutip tol

Tol Genting Highlands
SPRM ambil keterangan daripada 18 orang berhubung kes siasatan tukar hak milik tanah kerajaan kepada persendirian melibatkan pembinaan jalan baharu berdekatan Genting Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Cubaan membuat kutipan tol daripada pengguna jalan raya walaupun laluan tersebut di atas tanah persendirian adalah tidak wajar dan sepatutnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum dilaksanakan.

Hal tersebut dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Adansura Rabu yang menganggap tindakan sedemikian jika tidak dihalang akan menjadi rujukan kepada mana-mana pihak untuk mengutip bayaran sesuka hati.

“Jadi adakah selepas ini semua pengguna jalan raya yang akan ke Genting Highland dikenakan bayaran tol tetapi tanpa sebarang kelulusan mana-mana pihak.

“Adakah dibenarkan pihak persendirian sebegini mengadakan kutipan tol, kononnya itu atas tapak atau tanah persendirian. Bagaimana jika saya ada tanah dan saya ada laluan orang awam saya kenakan tol kepada orang yang lalu tanah saya,” katanya dalam sidang akhbar pada Muktamar Pas Tahunan Ke-69, hari ini.

Tambahnya, beliau mengambil maklum berkenaan tindakan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri mengarahkan pembatalan pembinaan tol tersebut, namun berharap cubaan sedemikian perlu dihalang dan sentiasa dipantau.

Semalam, projek pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands dilaporkan tidak dimaklumkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menjelaskan beliau sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya