Suspek pukul penunggang motor dituduh esok - Utusan Malaysia

Suspek pukul penunggang motor dituduh esok

Kes pukul
KEJADIAN pukul seorang penunggang motosikal tular dalam media sosial sebelum tiga suspek ditahan dan salah seorang daripadanya dituduh di Mahkamah Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Suspek utama terlibat dalam insiden pukul seorang penunggang motosikal di Jalan Langat – Klang kemarin akan dihadapkan ke mahkamah di sini, esok.

Lelaki berusia 39 tahun itu pada 2 Oktober lalu ditahan polis bersama dua rakannya yang lain sehari selepas kejadian tersebut dan direman selama tiga hari.

Terdahulu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan memaklumkan menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan berkata, mangsa tampil membuat laporan pada pukul 12.44 tengah malam Isnin lalu.

Menurutnya, mangsa ketika itu sedang melalui jalan berkenaan pada pukul 7.15 petang Ahad lalu dan membunyikan hon terhadap sebuah kereta jenis Proton Saga FLX kerana memandu secara berbahaya dan hampir melanggarnya.

“Kemudian, pemandu kereta tersebut menghalang pergerakan pengadu di persimpangan lampu isyarat, Jalan Langat – Klang. Salah seorang (suspek) daripada tiga lelaki dalam kereta itu, menolak pengadu sehingga terjatuh dari motosikal selain mencekik, menumbuk muka, menendang perut dan kakinya beberapa kali.

“Suspek juga menendang motosikal pengadu sehingga jatuh dan menyebabkan kerosakan pada cover set,” katanya.

Justeru, bertindak atas maklumat, Pasukan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan menahan ketiga-tiga suspek berusia 28 hingga 39 tahun pada 6.30 petang Isnin lalu.

Jelas Hoong Fong, semakan polis mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan saringan awal terhadap air kencing mendapati lelaki berusia 39 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis membuka membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 1 tahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya 

“Manakala hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi kesalahan khianat. Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya