Sudah cuba, tapi gagal. Selamat tinggal dunia - Mawar Rashid kembali tidak berhijab? - Utusan Malaysia

Sudah cuba, tapi gagal. Selamat tinggal dunia – Mawar Rashid kembali tidak berhijab?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tanpa sebarang penjelasan, pelakon, Mawar Rashid tampil tidak bertudung di hantaran baharu Instagramnya hari ini.

Mengudang pelbagai spekulasi, ramai beranggapan pelakon itu sudah tidak lagi mahu mengenakan hijab dan mula selesa untuk tampil tanpa bertudung.

Menerusi hantaran tersebut, Mawar yang juga adik ipar kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob juga mengundang persoalan segelintir warganet terhadap kapsyen yang dimuat naik.

“Maaf saya dah cuba, tetapi gagal,” tulis ringkas.

Mawar yang mula bertudung sejak pandemik 2020 itu juga memuat naik sekeping gambar di Instastory dengan kapsyen;

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali bila saya sudah sedia dari segi mental.

“Sayang anda semua sentiasa,” tulisnya.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan penjelasan Mawar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN