PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pensasaran semula subsidi bukan bermakna mengenakan cukai ke atas orang kaya, tetapi menarik semula ‘sedekah’ yang selama ini turut diberikan kepada golongan itu. Perdana Menteri berkata, rakyat perlu faham dan diberi penjelasan sewajarnya tentang pelaksanaan dasar baharu kerana selama ini negara melalui satu kecelaruan dasar yang tidak wajar lagi diteruskan apabila semua golongan masyarakat memperoleh bantuan itu. Bagaimanapun, menurut beliau, dasar berkenaan tidak bermakna…