SPRM tahan anggota polis minta, terima rasuah - Utusan Malaysia

SPRM tahan anggota polis minta, terima rasuah

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada dua lelaki, bulan lalu.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu dipercayai meminta dan menerima wang suapan RM2,000 daripada dua lelaki yang terlibat dengan kes penyalahgunaan bahan terlarang.

Katanya, perbuatan itu berlaku selepas satu serbuan pihak polis di sebuah rumah pada September lalu yang membawa kepada penahanan dua lelaki berkenaan.

Tambahnya, keputusan ujian saringan air kencing terhadap dua lelaki itu kemudian mendapati mereka positif bahan terlarang.

“Suspek dikatakan meminta dan menerima wang sebanyak RM2,000 daripada dua lelaki terbabit sebagai balasan tidak mengambil tindakan menahan mereka.

“Suspek telah ditangkap di sebuah daerah di Terengganu tengah hari tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan permohonan reman, esok,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya