SG4 rangka lima kluster bangunkan empat negeri - Utusan Malaysia

SG4 rangka lima kluster bangunkan empat negeri

SG4
AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) dalam sidang akhbar empat menteri besar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. -  UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelan ekonomi State Government 4 (SG4) akan tertumpu kepada kerangka lima kluster bagi bagi memajukan empat buah negeri iaitu Kedah, Kelantan Perlis dan Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, lima kluster itu melibatkan infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan perniagaan; pertanian dan sekuriti makanan; perundangan dan modal insan; dan sumber dan pendapatan baharu.

“SG4 ini ditubuhkan bagi memperkukuhkan kesemua kluster ini terutama sekali pelaburan bagi negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

“Walaupun ada SG4, kita akan tetap bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sekiranya ia melibatkan kemasukan pelaburan luar ke dalam negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar pada Muktamar Pas ke-69, hari ini.

Beliau menambah, pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat SG4 akan membantu pelaksanaan pelan ekonomi itu berdasarkan pengalamannya yang pernah membawa pelabur luar ke Malaysia ketika menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, SG4 dilaksanakan melalui jawatankuasa di peringkat negeri dan diketuai oleh Menteri Besar masing-masing.

“Pentadbiran SG4 melibatkan kerajaan negeri termasuk aset di setiap negeri. Ia pentadbiran dan tidak bincang soal parti, betul-betul soal pembangunan negeri tersebut. Kita juga mendapatkan input daripada pakar-pakar luar seperti di institusi pengajian tinggi, ada yang formal dan informal, nanti kita akan senaraikan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya