Semua ahli Parlimen Bersatu kekal sokong PN

Semua ahli Parlimen Bersatu kekal sokong PN

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan sebulat suara kepada parti dah Perikatan Nasional (PN) susulan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang memutuskan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai semalam.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, semua ahli Parlimen Bersatu mengecam intimidasi dan ugutan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa sahaja, apatah lagi ke atas ahli-ahli Parlimen.

“Ahli-Ahli Parlimen Bersatu juga sebulat suara menyatakan sokongan penuh kepada parti dan Perikatan Nasional, selaras menafikan propaganda musuh mengenai hal ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli-ahli Parlimen Bersatu bermesyuarat dan mendapat taklimat terkini daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin, termasuklah mengenai isu Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Semalam Iskandar Dzulkarnain memutuskan untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri mulai semalam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Sebaliknya PN mendakwa Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu telah diugut didakwa atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang telah pun disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya