Semakin ramai sedar bahaya rasuah - Utusan Malaysia

Semakin ramai sedar bahaya rasuah

Rasuah
ALIAS Salim (kanan) menerima notis jalinan kerjasama antara PNKS dengan SPRM Selangor pada Majlis Kerjasama Strategik Di Antara kedua-dua organisasi itu di Shah Alam, Selangor, hari ini. -  UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kesedaran terhadap jenayah rasuah dalam kalangan pekerja kolar biru dan putih di negeri ini dilaporkan semakin meningkat selepas banyak jabatan, agensi serta syarikat swasta secara sukarela berikrar untuk menentang budaya itu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim berkata, hal itu adalah satu petanda yang baik kerana mereka menyedari betapa bahayanya rasuah yang mampu merosakkan sesebuah institusi itu sendiri.

“Jadi, semua pihak termasuk orang awam perlu menjauhi gejala ini kerana ia adalah barah yang meruntuhkan institusi negeri dan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Kerjasama Strategik Di Antara Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan SPRM, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan SPRM menahan 3,627 individu melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dari tahun 2020 hingga Ogos tahun ini.

Sepanjang tempoh sama, sebanyak 1,721 pertuduhan telah dilakukan membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, Alias mengingatkan kepada semua kakitangan PKNS supaya tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjurus kepada kesalahan rasuah.

“Sekiranya anda (kakitangan PKNS) ditawarkan apa-apa sogokan, sila buat laporan terus kepada SPRM. Apabila anda cepat buat laporan, kami boleh bertindak pantas untuk menyiasat laporan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya