Saya sokong 100% tindakan Hamas serang Israel - Tun M

Saya sokong 100% tindakan Hamas serang Israel – Tun M

MAHATHIR Mohamad bergambar selepas forum Minggu Negarawan edisi keempat di Putrajaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD...
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi sokongan kepada pergerakan Hamas dalam tindakan kumpulan itu ke atas rejim Israel.

Beliau malah menyifatkan langkah drastik organisasi itu yang menguasai Gaza melakukan operasi ketenteraan sebagai cara bagi ‘ajar’ keangkuhan negara haram Yahudi tersebut.

“Saya amat sokong 100 peratus tindakan Hamas,” katanya berucap pada forum Minggu Negarawan bertemakan ‘Melayu, Sejarah dan Identiti’ di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, tindakan rejim itu melancarkan misi balas dendam iaitu Operasi Pedang Besi memang sudah dijangka dan bukan perkara pelik sejak dahulu.

“Apabila lawan, Israel akan balas lagi teruk, ini kita tidak nafi tetapi buat pertama kalinya dalam sejarah 75 tahun Israel dibentuk, baru mereka rasa penderitaan Palestin,” katanya.

Beliau merujuk angka kematian penduduk peneroka haram Yahudi yang diserang secara mengejut bahkan tidak menjangka sistem pertahanan canggih negara itu mudah dibolosi.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa langkah Hamas bukanlah pengganas kerana mereka bertindak balas setelah tanah air mereka diceroboh Israel secara ganas.

Tambahnya, warga Palestin sampai tidak boleh bergerak dalam Gaza dan menderita teruk dikepung Israel seperti sebuah penjara terbuka apabila banyak kemudahan awam disekat.

“Kita memang kena ajar balik Israel, awak sudah bunuh banyak orang dan sekarang awak kena rasa balik macam mana keadaan dibunuh pula,” kata Mahathir dalam nada sindiran.

Untuk rekod, beliau pernah menerima kunjungan hormat oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan delegasi di pejabatnya ketika melawat Malaysia pada akhir Januari 2020 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN