Sarawak tambah bahagian Serian penganjuran lokasi temasya

Sarawak tambah bahagian Serian penganjuran lokasi temasya SUKMA 2024 –Abdul Karim 

ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak menambah satu lagi bahagian di negeri ini bagi penganjuran lokasi Sukan Malaysia (Sukma) 2024, dedah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. 

Abdul Karim berkata, sebelum ini, hanya lapan lokasi dipilih bagi penganjuran temasya tersebut iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Bagaimanapun, ujarnya, baru-baru ini, jawatan kuasa bermesyuarat untuk menambah Serian sebagai lokasi tambahan. 

“Kita menambah satu lagi bahagian bagi penganjuran SUKMA 2024 iaitu di bahagian Serian. Sebelum ini saya ada menyebut temasya ini diadakan di lapan bahagian di Sarawak.

“Dari segi peruntukan kewangan, Kabinet negeri meluluskan bajet untuk temasya sukma bagi penyediaan kemudahan fasiliti sukan dan para atlet,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, Petrajaya di sini hari ini.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya berhubung status persiapan temasya Sukma 2024 yang akan dianjurkan di Sarawak melibatkan sembilan bahagaian di negeri ini dipilih sebagai lokasi penganjuran 37 acara sukan yang dipertandingkan. 

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya sedia menyalurkan bantuan kepada kerajaan Sarawak bagi memastikan kejayaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang akan berlangsung di negeri ini tahun depan.

“Kerajaan Sarawak dan Persekutuan yang terlibat dalam penyediaan Sukma 2024 sedang giat melakukan perbincangan kerjasama berkenaan. Jawatankuasa SUKMA sudah mula dibincangkan dan kita akan mengadakan satu mesyuarat rasmi.

“Datuk Gerald Rentap Jabu (Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak) telah pun memberi taklimat kepada saya bahawa mereka mempunyai beberapa permintaan yang ingin mereka sampaikan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Justeru, Abdul Karim turut menambah peruntukan dana untuk penganjuran dan menaik taraf kemudahan venue sudah telah pun dimuktamadkan dengan segala persiapan berada pada landasan yang ditetapkan.

“Sarawak juga katanya, akan menganjurkan acara Sukan Sarawak (Suksak) pada penghujung tahun ini sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi temasya Sukma 2024 kelak.

“Penganjuran itu bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada atlet-atlet negeri itu suasana persaingan sebenar dalam temasya itu nanti,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya