Saliva Walit jalin kerjasama dengan O2O Smart Store - Utusan Malaysia

Saliva Walit jalin kerjasama dengan O2O Smart Store

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI : Pengasas sarang burung Saliva Walit, Mohd Saifulazam Mohammed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek yakin jalinan kerjasama antara SW Gitu-Gitu Sdn Bhd sebagai merchant O2O Smart Store mampu melonjakkan lagi jenama mereka dalam pasaran tempatan.

Menurut Saiful, dia bersama rakan pengasasnya, Noor Azian Mohamed, optimis bahawa menerusi 16 rantaian kedai O2O Smart Store, produk sarang burung walit yang dihasilkan akan lebih mencakupi banyak lokasi dan pengguna di seluruh Malaysia.

“Produk Saliva Walit yang diusahakan akan berada di O20 Smart Store yang mana perniagaan secara dalam talian ke talian dapat terus berkembang dan sampai kepada pelanggan sasaran di seluruh negara.

“Kami yakin usaha ini dapat memberi nilai tambah kepada apa yang kami hasilkan,”katanya.

Saiful berkata demikian semasa ditemui pada majlis memterai perjanjian antara SW Gitu-Gitu Sdn Bhd dengan O2O Smart Store di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Richwood Ventures Sdn Bhd, Datuk Dr Mazlan Ahmad berkata, ruang yang dibuka kepada seluruh usahawan dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermatlamat untuk membasmi kemiskinan, sejajar dengan apa yang dihasratkan oleh Saiful.

“Oleh yang demikian, konsep perniagaan adalah peruncitan dan peluang ini dibuka luas kepada semua usahawan di luar sana untuk menyenarai produk mereka di dalam O2O Smart Store,” katanya.

Tambah Dr Mazlan, syarikatnya juga menyediakan 30 peratus ruang dalam kedai O2O Smart Store kepada usahawan tanpa sewaan listing fees.

Menekankan konsep wakaf, Dr Mazlan turut memaklumkan bahawa dalam perjanjian yang dimeterai itu, selain daripada meletakkan produk di dalam O2O Smart Store, Syarikat QR- Pay juga menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian (e-walllet).

“Ini konsep pembayaran dalam talian yang dibuka ini peluang kepada masyarakat khususnya. Ini satu-satunya konsep peluang yang baharu diperkenalkan pada dunia,” ujar beliau.

Kongsinya lagi, QR- Pay adalah sistem pembayaran dalam talian yang telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu dan setakat ini, sudah lebih 30,000 orang pengguna yang telah memuat naik aplikasi berkenaan.

“Jumlah deposit masyarakat yang menggunakan e-wallet QR-Pay kini pula telah melebihi RM32 juta setakat 4 bulan lepas.

“Untuk makluman, e-wallet QR-Pay ini kami gelarkan SuperApps kerana menyediakan banyak perkhidmatan dalam satu aplikasi. Lebih menyeronokkan aplikasi ini menyediakan konsep cash rebate kepada masyarakat amnya,” katanya.

Dr Mazlan juga berkata, adalah menjadi harapan Syarikat untuk melihat modul dan formula wakaf diterap dan seterusnya melahirkan golongan sosial-preneur (sosial entrepreneur).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya