Saksikan fenomena separa gerhana bulan di Planetarium Negara

Saksikan fenomena gerhana bulan separa di Planetarium Negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan menerusi program pencerapan gerhana bulan separa 2023  di Planetarium Negara malam ini.

Menurut kenyataan Planetarium Negara,  fenomena gerhana bulan separa itu bermula dari pukul 03.35 pagi hingga pukul 04.52 pagi apabila bulan terlindung oleh bayang umbra Bumi.

Kata kenyataan itu lagi, gerhana bermula awal iaitu sejak pukul 02.01 pagi, namun kesan gerhana masih belum kelihatan kerana terlindung oleh bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kesan gerhana kekal mula kelihatan dari pukul 03.35 pagi.

“Ia akan capai maksimum pada pukul 04.14 pagi dan berakhir pada jam 04.52 pagi iaitu   bulan mengalami fasa penumbra semula sehingga gerhana tamat sepenuhnya pada jam 06.26 pagi,’‘ ujar kenyataan itu .

Planetarium Negara mengingatkan orang ramai bahawa penampakan fenomena gerhana bulan separa adalah amat bergantung kepada keadaan cuaca semasa di mana-mana lokasi pencerapan.

Menurut Planetarium Negara, dengan kerjasama persatuan Astronomi Star Finder, kemudahan teleskop dapat disediakan untuk orang awam yang ingin menyaksikan fenomena tersenbut.

Selain itum, mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, imej gerhana bulan separa dapat disaksikan melalui penstriman langsung di laman facebook dan youtube Planetarium Negara.

 

Program tersebut akan bermula seawal pukul 10 malam ini bagi membolehkan pengunjung menyaksikan dua buah planet iaitu planet Musytari dan planet Zuhal terlebih dahulu sebelum dapat saksikan gerhana bulan separa pada awal pagi Ahad ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN