PETALING JAYA: RM58.1 bilion ringgit disediakan untuk membiayai pelbagai bentuk pemberian kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan pada tahun depan.
Kata Perdana Menteri, hampir 50 peratus peruntukan ini adalah untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan untuk manfaat rakyat.
“Umpamanya, 225 juta ringgit disediakan untuk membiayai kos pengedaran barangan keperluan asas seperti petrol, LPG, tepung, beras dan minyak masak ke kawasan desa serta pedalaman di bawah Program Community Drumming.
“Program ini akan diperluas ke kawasan baharu antaranya di zon Abai, Sandakan, Sabah dan Engkerebai, Mukah, Sarawak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN