KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan hampir RM400 bilion untuk Belanjawan 2024.
Jumlah itu meningkat berbanding RM388.1 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari lalu.
Perdana Menteri berkata, jumlah belanjawan itu tertinggi pernah dibentangkan kerajaan.
“Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
“Ini melibatkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN