Rasuah kereta, kediaman: Pengarah jabatan kerajaan antara

Rasuah kereta, kediaman: Pengarah jabatan kerajaan antara empat ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat individu yang terdiri daripada dua penjawat awam termasuk pengarah jabatan kerajaan, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit.

Suapan itu termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Penahanan kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50-an itu dipercayai dilakukan pada pukul 7.30 malam semalam di pejabat SPRM Sarawak ketika diminta hadir memberikan keterangan.

Satu sumber berkata, suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 hingga 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan dua projek membabitkan bekalan air yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta. 

“Manakala pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi  mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN