Rakyat Malaysia seludup dadah di Australia telah dijatuhi hukuman

Rakyat Malaysia seludup dadah di Australia sudah dijatuhi hukuman

Mohd. Kamarudin Md. Din
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Australia kerana terlibat dalam penyeludupan dadah Methamphetamine di Melbourne pada 12 Oktober lalu telah dijatuhkan hukuman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md Din berkata, subjek berkenaan telah dijatuhkan hukuman di bawah Section 307.5(1) Of The Criminal Code, Attempting Possess A Commercial Quantity Of a Border-Controlled Drug.

Kata beliau, hukuman kesalahan adalah boleh membawa kepada penjara seumur hidup.

“Kerjasama antara JSJN dan Australian Federal Police (AFP) akan diteruskan dalam usaha mengesan saki baki ahli sindiket yang terlibat.

“PDRM dengan kerjasama AFP sedang jalankan siasatan berhubung kes rampasan dadah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, polis mengesahkan telah mengenal pasti beberapa individu di negara ini dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah Methamphetamine di Melbourne yang berjaya dibongkarkan negara berkenaan pada 4 Oktober lalu.

Bagaimana, identiti mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan berhubung perkara itu.

Kata beliau, siasatan awal mendapati, dadah berkenaan telah diseludup dari kawasan segi tiga emas sebelum dibungkus semula di negara ini sebelum dihantar ke negara berkenaan.

Pada 12 Oktober lalu, polis mengesahkan sedang bekerjasama dengan Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia berkaitan rampasan dadah Methamphetamine di Melbourne.

Segala tindakan akan diambil PDRM bagi memastikan kegiatan penyeludupan dadah yang menjadi ancaman di negara ini dapat dibanteras tanpa kompromi.

Sebelum ini, empat lelaki dengan seorang daripada mereka warganegara Malaysia, ditahan pihak berkuasa Australia berkaitan rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 622 kg di Melbourne, Australia.

AFP dalam kenyataan pada 12 Oktober lalu melaporkan bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Oktober.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet gulungan kertas tandas.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan hampir AUD$560 juta (RM1.7 bilion) dan dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, serta warga Hong Kong, 32, ditahan.

Dua daripada lelaki itu ditahan di lapangan terbang ketika cuba meninggalkan Australia secara berasingan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN