Polis panggil ibu bapa bayi mati ditinggal 7 jam

Polis panggil ibu bapa bayi mati ditinggal tujuh jam

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan ibu bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang mati selepas ditinggalkan dalam kereta  di kawasan parkir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, buat masa ini pihaknya masih memberi ruang kepada kedua-dua mereka yang masih berduka atas kejadian tersebut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Beri ruang kepada mereka melalui detik ini. Kita akan panggil ibu bapa bayi itu nanti,” katanya kepada pemberita dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini hari ini.

Semalam, seorang bayi perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat ditinggalkan ibunya kira-kira tujuh jam di kawasan parkir hospital tersebut. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.30 petang selepas bayi itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

“Hasil siasatan awal mendapati pada 5 Oktober 2023 lebih kurang 7.20 pagi, ibu mangsa yang juga seorang doktor di hospital sama telah meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri dalam keretanya untuk dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska).

“Bagaimanapun ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja kerana menyangka mangsa telah pun dihantar ke taska tersebut,” katanya. 

Beliau dilaporkan berkata, ibu mangsa hanya menyedari anak bongsu daripada dua beradik itu masih berada dalam kereta pada waktu petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN