Polis kesan suspek curi telefon bimbit - Utusan Malaysia

Polis kesan suspek curi telefon bimbit

TANGKAP layar video kejadian curi telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Bayan Baru, Pulau Pinang yang tular di media sosial hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Polis sedang mengesan seorang suspek yang disyaki mencuri telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Bayan Baru, di sini yang video kejadian itu tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, video tular mengenai kejadian suspek mencuri telefon bimbit itu dikesan pukul 9 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian curi tersebut berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari pada Selasa lalu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian curi telefon bimbit itu dan usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang individu dipercayai lelaki yang menunggang sebuah motosikal berhenti di kawasan stesen minyak.

Suspek kemudian dilihat turun dari motosikal dan mencuri sebuah telefon bimbit di situ.

Menurut Kamarul Rizal, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Fairus Afendi di talian 013-6795259 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya