Polis kesan pemandu Proton Wira dipercayai larikan diri dalam

Polis kesan pemandu Proton Wira dipercayai larikan diri dalam kemalangan tiga kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang pemandu Proton Wira dipercayai punca kemalangan di Kilometer 38 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, Rawang dekat sini yang menyebabkan kematian tiga individu, hari ini. 

Kemalangan maut dipercayai berlaku pada 10.55 pagi melibatkan tiga buah kenderaan membabitkan Perodua Axia, Toyota Avanza dan Proton Wira. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Perodua Axia dalam perjalanan dari Serendah menuju ke Batang Kali.

Katanya, ketika tiba di lokasi  kejadian, pemandu Proton Wira yang datang dari arah bertentangan disyaki cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Pemandu Perodua Axia cuba mengelak, namun, melanggar bahagian kanan kereta Proton Wira.

“Akibat daripada pelanggaran itu, Perodua Axia berpusing dan kemudiannya dilanggar dari arah belakang oleh Toyota Avanza,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, pemandu Perodua Axia berusia 62 tahun bersama penumpang dan pemandu Toyota Avanza, 68, maut di tempat kejadian.

Jelasnya, penumpang Toyota Avanza mengalami kecederaan pada bahagian mata dan dibawa ke Hospital Selayang dan tiga mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Kita masih mengesan pemandu Proton Wira yang masih belum dikenal pasti dipercayai melarikan diri selepas kemalangan terbabit. 

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian itu diminta tampil membantu polis melakukan siasatan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN