Polis cari lelaki didakwa tampar bekas teman wanita 

Polis cari lelaki didakwa tampar bekas teman wanita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan seorang lelaki selepas dipercayai menampar seorang gadis di dalam sebuah kereta di Gombak, dekat sini Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang tular dalam media sosial.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 21 tahun mendakwa ditampar oleh bekas teman lelakinya yang berusia 22 tahun.

“Kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara mereka berdua,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung kes berkenaan.

“Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN