PM sahkan ada terima ugutan dari pemimpin Eropah

PM sahkan ada terima ugutan dari pemimpin Eropah

ANWAR Ibrahim bersama mahasiswa selepas merasmikan Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia, Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Malaysia menerima ugutan daripada pemimpin negara Eropah berhubung kelantangan Malaysia berhubung isu Palestin.

Beliau berkata, dalam hal itu, Malaysia tidak sekali-kali patah semangat dan tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak agar sekatan dibuat terhadap negara ini.

“Ada Ahli Parlimen Eropah, kita beri keterangan jelas dengan kenyataan mereka dan ada yang usul langsung…kita usah risau berhubung perkara itu, kita ada urusan kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia di sini, hari ini.

Semalam, dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Anwar mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya