Pihak produksi alu-alukan sekiranya Elly Mazlein mahu kembali mengacarakan GV10 - Utusan Malaysia

Pihak produksi alu-alukan sekiranya Elly Mazlein mahu kembali mengacarakan GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak produksi All Star Gegar Vaganza (GV10) mengalu-alukan sekiranya pengacara, Elly Mazlein berhasrat untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos rancangan tersebut.

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd. Salleh dalam sidang media semalam berkata, pihaknya tidak mengahalang malah sentiasa membuka pintu kepada Elly kembali beraksi dalam program itu.

“Kami mengalu-alukan sekiranya dia mahu kembali sebagai hos GV.

“Saya tahu semua orang merasai ketiadaannya di GV.

“Apa pun semua ini adalah keputusannya,” katanya dalam sidang media semalam.

Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom mengundur diri dari mengacarakan GV10 atas sebab peribadi.

Perkara itu dikongsikan pihak Astro pada Selasa minggu lepas.

Dalam pada itu, Norzeha memaklumkan pihaknya sebelum ini ada mencuba untuk memujuk semula Elly agar tidak meneruskan dengan keputusannya itu.

“Tapi kami lebih menghormati keputusannya.

“Saya tidak terlibat dengan perbincangan yang mana juga melibatkan pihak atasan.

“Atas sebab-sebab yang dimaklumkan, dia telah menarik diri,” sambungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN